Khamis, 15 Disember 2011

gambar teknologi dan inovasi


1. MESIN JAHIT CANGGIH


LCD di mesin jahit pribadi,.Syarikat elektronik Brother mengeluarkan mesin jahit tipe Brother Quattro 6000D. Bukan mesin jahit atau mesin obras manual biasa, Brother Quattro 6000D mengunakan teknologi LCD muntuk menampilkan motif kain yang akan dijahit.
   
Brother Quattro 6000D memiliki layar 4.5 x 7 inch dari Sharp HD LCD.  Brother mengunakan teknologi InnovEye dan Up-Close viewer dengan menempatkan camera berdekatan dengan jarum jahit. Sehingga hasil jahitan akan tampil pada layar LCD dan pengukuran jahitan lebih persis. Penguna Brother Quattro 6000D dapat dihubungkan dengan USB  untuk menampilkan gambar ke LCD monitor.


2. BUKU ELEKTRONIK ISLAMIK


Cukup membanggakan apabila syarikat tersebut, Enmac Technology (M) Sdn. Bhd. berjaya merintis e-book berwarna ketika syarikat-syarikat lain hanya mampu menghasilkan e-book hitam putih. Lebih istimewa apabila e-book keluaran syarikat Enmac bersifat islamik. Ia mengandungi kitab al-Quran dan terjemahannya dalam 24 bahasa, koleksi lengkap tafsir, hadis dan kitab rujukan Islam, fungsi mudah mencari ayat al-Quran, panduan haji dan umrah, waktu-waktu solat mengikut 10,000 lokasi yang telah diprogramkan, seruan azan, penentu arah kiblat serta panduan haji dan umrah. Selebihnya, anda boleh memuat turun apa jua bahan bacaan PDF yang anda kehendaki ke dalam e-book itu untuk anda simpan di dalamnya.Bayangkan berapa banyak kitab, buku dan aplikasi yang boleh anda peroleh hanya dalam satu e-book yang cuma senipis satu sentimeter! "Menggunakan memori kad SD dua gigabait, ia boleh dinaik taraf sehingga lapan gigabait. Bermakna, ia boleh memuatkan 50 buah buku. Mendakwa e-book e-Alim model EL1000 itu sebagai buku elektronik Islamik pertama dunia dan e-book berwarna pertama di dunia. EL1000 mempunyai skrin warna LCD bersaiz 7 inci. Ia bukan sahaja menawarkan paparan bacaan, sebaliknya ia juga menyimpan fail audio dan video di dalamnya. Bukan sekadar anda boleh membaca al-Quran, bahkan anda juga boleh mendengar bacaan al-Quran daripada pilihan enam orang qari al-Quran terkenal.




3. RODEM, KERUSI RODA BERTEKNOLOGI TINGGI


Sekumpulan ahli penyelidik daripada Pusat Kajian dan Pembangunan Teknologi Robotik Veda di Jepun telah mencipta sebuah kerusi roda untuk golongan tua.Teknologi tersebut membolehkan golongan sasaran tersebut untuk naik dan turun daripada kenderaan yang dinamakan Rodem itu tanpa bantuan daripada sesiapa dan memberikan mereka kebebasan untuk bergerak. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti GPS, kendalian kawalan mengelak automatik, pembetulan cerun automatik dan pengenalan suara. Ia dikendalikan melalui akselerater joystick dan mampu bergerak selaju sehingga 6 kilometer per jam. Veda Robot Antarabangsa R & D bercadang menghasilkan secara besar-besaran untuk dipasarkan dengan harga 500,000 hingga 700,000 yen, atau $ 5,300 untuk $ 7.500 seunit.


4. BOM AKUSTIK


Anda pernah mendengar mengenai berita tawanan kapal Maersk Alabama sebelum ini yang menjadi berita utama dunia. Beberapa orang penembak tepat dan tentera laut diperlukan dalam misi menyelamat tersebut. Risiko dalam operasi seperti itu memang agak tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kematian sama ada pihak tebusan, lanun tersebut ataupun pihak tentera itu sendiri. Bagi mengurangkan risiko menjadi tahanan lanun, kapal-kapal seperti itu kini dilengkapi dengan bom akustik iaitu sejenis alat yang mengeluarkan bunyi bising mengandungi tahap desibel yang mencukupi untuk membuatkan seseorang itu pekak secara kekal malah boleh menyebabkan hilang penglihatan. Ia bukanlah teknologi atau senjata baru kerana pernah digunakan untuk operasi di Iraq. Senjata ini dinamakan sebagai Long Range Acoustic Device atau LRAD dan akan dipasangkan pada kapal-kapal persiaran mewah dan kapal perdagangan.

 
5. KOLAR UDARA  SEBAGAI GANTI TOPI KELEDAR

STOCKHOLM - Dua pelajar reka cipta di Sweden menghasilkan perlindungan kepala alternatif untuk penunggang basikal dan motosikal yang tidak suka memakai topi keledar, lapor sebuah akhbar semalam. Perlindungan kepala itu dikenali sebagai topi keledar Hvvding yang merupakan kolar udara yang mengembang dalam masa 0.1 saat sekali gus melindungi kepala dan leher seseorang penunggang semasa kemalangan. Kolar udara itu yang dipakai pada bahagian leher penunggang, mengambil masa enam tahun untuk dicipta. Ia mengandungi beg udara yang dilipat rapi dan akan mengembang apabila sensor di dalamnya mengesan goncangan kuat atau lambungan. Sebuah silinder kecil gas helium kemudian mengepam kolar tersebut dalam masa cuma 0.1 saat. Seorang perekanya, Anna Haupt berkata, syarikat Hvvding merancang memasarkan rekaan itu ke Eropah Utara dan Britain pada awal tahun depan pada harga sekitar £260 (RM1,272) sebuah.


6. TENTERA BERSAYAP

Taktik menyerang melalui udara kini mencapai satu lagi evolusi apabila pihak tentera sedang giat membangunkan sejenis "suit khas" yang membolehkan anggotanya membuat kejutan dalam pertempuran darat. "Suit" yang bakal menggantikan sistem "parachute" atau payung terjun ini dilihat lebih efektif kerana ia agak sukar dikesan melalui radar sekaligus boleh membuat kejutan atau "ambush" kepada pihak musuh tanpa mereka sedari. Dengan menggunakan kaedah lama, payung terjun terpaksa dikembangkan dan amat mudah dilihat dan dikesan oleh radar, tetapi dengan suit ini, pihak tentera dapat mendarat dengan lebih selamat melalui ciptaan yang lebih aerodinamik. Ia mungkin akan dilengkapi dengan sistem komputer dan enjin kecil bagi membantu penggunanya mendarat di sesuatu lokasi dengan tepat melalui sistem pandu arah.


skip to main |skip to sid6. BATERI GULA, TENAGA MASA HADAPAN

Jangan hairan kalau di masa depan (mungkin tidak lama lagi), orang melakukan cas bateri biasa dan tidak akan mencari plug elektrik, tetapi mencari sisa air sirup atau minuman ringan. Ini disebabkan minuman berkabonat mengandungi asid yang tinggi untuk menghasilkan tenaga.
Gula adalah sumber tenaga yang tersedia di alam ini hasil dari fotosintesis. Kerana, sumber tenaga ini adalah sumber tenaga terbaru. Sebenarnya bateri gula ini merupakan sel bahan bakar (fuel cell) yang di beri tenaga oleh gula. Bateri gula ini memerlukan enzim pencerna gula dan mediator, yang salah satunya berupa vitamin K3, pada anoda dan katoda . Hasil dari reaksi kimia di anoda berupa ion hidrogen dan elektron akan mengalir ke katoda. Aliran elektron inilah yang menghasilkan listrik. Mudah-mudahan saja baterai gula ini lebih murah dibanding sel kering dan perkakas eletronik lainnya.

   skip to main | skip to sidebar 7. SUIT ROBORT BERKUASA TINGGI


Ingat filem siri fantasi yang menggambarkan manusia berubah menjadi robot berteknologi tinggi? Pada saat perubahan dari manusia biasa ke manusia super seperti kostum yang memberi kuasa luar biasa bila dipakai. Begitu juga suit robot yang satu ini. Suit robot ini cukup serba guna. Ianya dapat membantu para pekerja untuk mengangkat beban yang berat, hingga membantu orang yang mengalami kelumpuhan untuk dapat bergerak.
Suit robot ini adalah hasil ciptaan mahasiswa satu universiti di Jepun. Suit yang seberat 15 kg bertenaga bateri yang boleh menggerakkan otot melalui isyarat elektrik yang ada pada permukaan kulit manusia, sehingga dapat mengikuti gerakan yang diinginkan penggunanya. Dengan bantuan suit  robot ini, pemakainya boleh mengangkat beban 100 kg tanpa mengeluarkan tenaga.
skip to main | skip to sidebar 8. KAPAL TERBANG PERSEORANGAN DENGAN ENJIN ELEKTRIK 


 






































Kapal terbang perseorangan ini merupakan pesawat yang menggunakan enjin elektrik. Biasanya, kapal terbang perseorangan yang sudah ada selama ini memakasi enjin roket, dan jet. Pesawat dengan enjin motor elektrik yang lebih jimat dan kadar bunyi bising yang rendah
Pesawat ini mampu terbang dengan kelajuan 240 km/jam hingga 320 km/jam, dengan jangkauan jarak 80 km. ukuran tinggi  pesawat ini adalah 9 km, dengan tenaga elektrik dari bateri fosfat lithium yang boleh dicas semula.Menurut penciptanya, kepadatan tenaga di dalam bateri ditukar tiga kali dalam masa 5 tahun, sehingga jarak tempohnya telah mencapai sekitar 240 km.  Kelebihan lain dari pesawat ini adalah tidak memerlukan landasan kerana boleh berlepas dan mendarat secara vertical serta boleh  mendarat dan berlepas di helipad pada bangunan-bangunan bertingkat. Beratnya hanya 180 kg (tanpa juruterbang).
  
9. KAPAL ATAU TAMAN TERAPUNG


















Taman terapung yang berupa kapal berbentuk ikan paus ini akan menyusuri sungai-sungai di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah, melalukan pembersihan sungai-sungai tersebut dari pencemaran dengan menggunakan filtrasi bio.Tenaga yang digunakan ialah tenaga solar dan turbin hidro. Bumbung kapal ini dilapisi dengan panel matahari untuk menghasilkan kuasa elektrik, dan arus sungai digunakan untuk memutar turbin hidro.
Bahagian luar kapal ini dilapisi dengan titanium dioksida yang bereaksi dengan sinar ultra violet dari matahari untuk membersihkan air daripada bahan tercemar. Di dalamnya kapal ini terdapat 4 taman tematik yang diberi nama: "Tanah", "Angin", "Air" dan "Api", yang mempresentasikan keempat simbol kuno elemen yang ada di bumi ini. Seandainya ada banyak kapal seperti ini di dunia, sudah  tentu sungai-sungai akan menjadi bersih dan bebas dari pencemaran.  


10. KAMERA TERKECIL DI DUNIA
Dengan ukuran hanya 2,5 sentimeter saja,kamera ini mungkin dilihat seperti sebuah replika kamera. Selain memiliki keunikan atau kelebihan kerana ukurannya yang sangat kecil, kamera digital ini memiliki kelebihan lain yang tidak boleh dipandang sebelah mata disebabkan oleh saiznya yang kecil. Kamera digital ini dilengkapi dengan kamera dua megapiksel, dapat merakam video, dapat mengambil gambar JPEG dengan resolusi 1.600 x 1.200 dan dilengkapi dengan autofocus. Ianya merupakan perkara yang luar biasa bagi kamera yang hanya seberat 28 gram. Selain itu, kita dapat menghubungkan kamera terkecil di dunia ini ke komputer melalui kabel USB, sama seperti peralatan fotografi lainnya.
Meskipun ukurannya hanya sebesar kelingking, kamera yang dibuat di New York dan dijual dengan harga USD99,95 ini mampu bekerja dengan baik. Satu  kemampuan yang tidak dapat dipandang rendah oleh pesaingnya yang berukuran lebih besar.

1 ulasan: