Keselamatan fizikal ICT
Saya ingin berkongsi maklumat berkaitan
keselamatan dalam penggunaan ICT di sekolah. Salah satu yang amat penting
adalah berkaitan keselamatan fizikal iaitu yang merupakan lapisan pertahanan
utama dalam mana-mana seni bina keselamatan ICT. Warga sekolah yang dibenarkan
mengakses infrastruktur ICT dikehendaki mematuhi semua garis panduan yang telah
ditetapkan. Semua kemudahan pengkomputeran yang terdapat di sekolah diguna
untuk memudahkan operasi harian dan aktiviti pembelajaran warga sekolah. Oleh yang
demikian, hanya pengguna yang sah seperti guru, murid dan kakitangan sekolah
dibenar menggunakan kemudahan ini. Pihak ketiga (bukan warga sekolah) yang
ingin menggunakan kemudahan tersebut hendaklah mendapat kebenaran Pengetua/Guru
Besar sekolah terlebih dahulu.Pengguna atau pelawat yang menggunakan kemudahan
di makmal komputer, pusat media dan pusat akses hendaklah mencatat nama,
tarikh, masa dan tempoh akses dalam buku log. Keselamatan fizikal dalam ICT ini
amat penting untuk melindungi sebarang masalah berkaitan fizikal seperti
kehilangan peralatan ICT, kerosakan bahan-bahan ICT, serta kehilangan data-data
atau maklumat-maklumat penting akibat daripada pencerobohan daripada
individu-individu yang tidak sepatutnya.
Penerokaan aplikasi ICT
Internet adalah merupakan satu alat
komunikasi yang amat penting pada masa kini. Keadaan ini jelas dapat kita rasakan
pada hari ini dengan banyak aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam internet yang
boleh kita gunakan pada hari ini untuk tujuan-tujuan tertentu termasuklah
komunikasi. Salah satunya adalah penggunaan Dimdim yang telah saya kongsikan
sebelum ini dimana ianya adalah merupakan salah satu aplikasi yang amat penting
untuk tujuan komunikasi secara pantas serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Selain itu kita juga boleh gunakan aplikasi-aplikasi lain bagi tujuan
komunikasi seperti twitter, yahoo massenger, skype dan sebagainya. Namun, semua
aplikasi ini tidak akan dapat kita manfaatkan sekiranya kita tidak tahu untuk
menggunakannya. Kita juga mungkin tidak tahu bahawa semua aplikasi ini boleh
digunakan untuk komunikasi sekiranya kita tidak menerokai ICT. Kemajuan dalam
bidang ICT pada hari ini berlaku dengan pantas, banyak aplikasi yang baru yang
kita tidak tahu yang muncul setiap masa. Oleh itu, penerokaan dalam ICT adalah
amat penting bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat-maklumat terbaru, malah
untuk menambahkan kemahiran kita dari segi penggunaan aplikasi-aplikasi terbaru
yang terdapat dalam ICT.
Perkongsian maklumat melalui ict
Pengurusan ICT di sekolah ini tidak
akan menimbulkan banyak masalah sekiranya kita mengetahui cara-cara serta
langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melindungi bahan-bahan ICT serta
semua maklumat yang penting yang dikendalikan. Penggunaan ICT dalam P&P
boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya
kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari
ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada
untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan
maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman
web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama
pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang
tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat
menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui
aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. Salah satu aplikasi
tersebut adalah seperti penggunaan blog, yang sedang saya diperaktikkan
ini,dengan penggunaan blog kita bukan sahaja dapat berkongsi dalam penyampaian
maklumat tersebut, malah kita juga dapat berhubung secara terus bersama
individu-individu yang mnyalurkan maklumat tersebut. Oleh itu, sekiranya
terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat yang dikongsikan kita boleh
berbincang atau bertanyakan individu tersebut secara terus. Inilah salah satu
kemajuan dalam ICT yang dapat kita temui pada hari ini.
Apakah Google Docs?
Salah satu aplikasi ICT yang menarik
yang telah diperkenalkan kepada saya melalui program ini adalah penggunaan
google docs. Sebelum ini, jika ditanya berkaitan dengan google docs saya tidak
tahu tentang kewujudan aplikasi yang amat menarik ini, sehinggalah saya sendiri
dapat mencubanya bersama rakan-rakan berkaitan kelebihan aplikasi ini. Google
doc merupakan salah satu layanan dari google untuk menyimpan file office
seperti word, excel , powerpoint. Selain sebagai tempat penyimpanan data file
office google doc juga bisa digunakan untuk membuat file office secara online.
Misalnya membuat file document Hasil nya boleh di export menjadi file .doc
(microsof word). Selain sebagai tempat penyimpanan, google doc juga dapat di
gunakan untuk mengubah atau 'edit' file yang di buat secara online ataupun file
yang di upload dari komputer. Aplikasi yang menarik dari google ini boleh
menjadi alternative untuk penyimpanan tugas dan data kerana boleh diakses
dimana pun hanya dengan menggunakan browser. Selain itu file yang ada di google
doc juga dapat di kongsikan dan di ubah secara bersama dengan rakan kita yang
di beri kebenaran untuk melihat atau mengubah file tersebut. Menarik kan?
cubalah, anda akan mengetahui kelebihannya.:)
Sumber maklumat melalui ICT
Sebenarnya banyak lagi aplikasi yang boleh kita
gunakan dalam internet, semua aplikasi ini akan memberikan manfaat dan dapat
membantu kita untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki, jika
dilihat dalam aplikasi google sahaja, pelbagai aplikasi yang dapat kita
perolehi daripada google, seperti google calendar, google earth, google doc dan
sebagainya. Semua aplikasi yang disediakan ini akan memudahkan kita untuk
mendapatkan maklumat dalam pelbagai bentuk serta dalam masa yang sama ia juga
dapat membantu kita untuk memudahkan kerja-kerja serta tugasan yang perlu
dilakukan. Melalui aplikasi-aplikasi yang disediakan juga, kita dapat
menjimatkan masa serta tenaga kerana maklumat-maklumat akan diperolehi dalam
masa yang singkat. Inilah kelebihan ICT pada hari ini, dan sekiranya kita terus
menerokai dunia ICT banyak maklumat yang kita boleh ketahui dari masa kesemasa....
wah. nak try google docs la tp x berapa nak faham..
BalasPadamICT utk sekolah memang bagus kan.. sebagai tambahan kita boleh juga menampal/meletakkan panduan menggunakan kemudahan ICT yang ada di sekolah pada sesuatu teknologi itu. Ia dapat membantu kita,guru2 atau kakitangan sekolah sekiranya mereka belum mahir dalam penggunaan teknologi ini. Jadi dengan adanya panduan lengkap di setiap teknologi yang ada,ia dapat dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin menggunakannya.Jadi mereka tidak akan merosakkan kemudahan ict yang ada di sekolah. :)